Blank
Blank
Blank

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

Tabung Persaraan

  • Ditadbirkan menurut Aturan Peraturan Tabung Persaraan ;
  • Dikuatkuasakan mulai 01.01.1992
  • Disumbangkan kepada anggota sejumlah wang yang didasarkan kepada jumlah saham anggota atas nisab 1:1 tetapi tidak melebihi RM 3,000.00 pada tarikh persaraan anggota dari perkhidmatan.

         (pindaan diluluskan Mesyuarat Agung Tahunan KPKINKB kali ke 26 pada 23.06.2007)

  • Usia keanggotaan Pemohon hendaklah berterusan sekurang-kurangnya 10 tahun.
  • Semua pembayaran tuntutan hendaklah dibuat pada penghujung bulan mengikut kalendar bagi memudahkan urusan pentadbiran Tabung ini.
  • Seseorang anggota tidak boleh menuntut diberi faedah persaraan sebagai satu hak.
  • Syarat-syarat lain sepertimana terkandung dalam Aturan Peraturan Kumpulan Wang Persaraan.
  • Pemohon hendaklah mengemukan surat permohonan rasmi dengan menyertakan Surat Pengesahan Persaraan daripada Majikan dalam tempoh ENAM BULAN KALENDAR dari tempoh persaraan.


Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

 Tabung Khairat Kematian

  • Ditadbirkan menurut Aturan Peraturan Tabung Khairat Kematian ;
  • Dikuatkuasakan mulai 01.01.1992
  • Disumbangkan atas sebab kematian anggota dan keluarga terdekat iaitu
Anggota Sendiri RM 500.00
Isteri/Suami Anggota RM 200.00
Anak/Ibu Anggota RM 200.00

                     (pindaan diluluskan Mesyuarat Agung Tahunan ke 40 pada 26.12.2020)

    • Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan rasmi dengan menyertakan salinan Sijil Kematian yang disahkan dalam tempoh TIGA BULAN KALENDAR selepas tarikh kematian.
    • Syarat-syarat lain sepertimana terkandung dalam Aturan Peraturan Kumpulan Wang Tabung Khairat Kematian.

    Download


    Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

    Tabung CSR

    • Ditadbirkan oleh Jawatankuasa Urusetia & Perhubungan Anggota yang dilantik oleh Anggota Lembaga KPKINKB menurut Aturan Kumpulan Wang Tanggungjawab Sosial (CSR) ;
    • Disumbangkan kepada mana-mana anggota yang menghadapi musibah.
    • Tuntutan hendaklah dibuat dengan menyempurnakan Borang Permohonan Rasmi dengan menyertakan sebarang dokumen sokongan yang berhubungkait dengan jenis musibah dalam tempoh TIGA BULAN KALENDAR dari tarikh berlaku musibah.
    • Anggota-anggota Koperasi tidaklah boleh menuntut bahawa pemberian sumbangan ini sebagai satu hak.
    • Pemberian Kumpulan Wang Tabung Tanggungjawab Sosial (CSR) ini akan dibayar terus kepada pemohon sebanyak :-
    Musibah atau Kemalangan Serius RM 500.00
    Musibah atau Kemalangan Biasa RM 200.00
    • Syarat-syarat lain sepertimana terkandung dalam Aturan Peraturan Kumpulan Wang Tabung Tanggungjawab Sosial (CSR).

    Download


    Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

    Tabung Dermasiswa

    • Ditadbirkan oleh Jemaah Pengelola yang dilantik oleh Anggota Lembaga KPKINKB menurut Aturan Tabung Kumpulan Wang Dermasiswa.
    • Dikuatkuasa mulai 17.03.1992
    • Disumbangkan kepada anak-anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang minima dalam peperiksaan yang diduduki :-  

    SPM ( minima 7 A ) RM 500.00
    STPM/STAM (min 3.5 CGPA) RM 500.00
    Kemasukan ke IPTA/IPTS bagi Anggota KPKINKB RM 500.00

                         (pindaan diluluskan Mesyuarat Agung Tahunan KPKINKB kali ke 42 pada 25.06.2023)

      • Tuntutan hendaklah dibuat dengan menyempurnakan Borang Pemohonan Rasmi dan disertakan Salinan Sijil Keputusan yang disahkan dalam tempoh TIGA BULAN KALENDAR selepas keputusan rasmi peperiksaan berkaitan diumumkan.
      • Syarat-syarat lain sepertimana terkandung dalam Aturan Peraturan Kumpulan Wang Tabung Dermasiswa.

      Download


      © 2024 KOPERASI PKINK BERHAD. All Rights Reserved. Powered by KIGSB