Pembiayaan Anggota
Pembiayaan Tergempar
-
Dipertimbangkan atas sebab-sebab kesegeraan dengan serta-merta
-
Jumlah had maksimum pinjaman tidak melebihi RM5,000
-
Tempoh maksimum bayaran balik pembiayaan adalah selama 12 bulan bagi pembiyaan RM1,000 ke bawah, 24 bulan bagi pembiayaan RM1,500 hingga RM3,000 dan 36 bulan bagi pembiayaan RM3,500 hingga RM5,000.
-
Tiada caj perkhidmatan bagi pembiayaan sebanyak RM3,000 dan ke bawah manakala bagi pembiayaan sebanyak RM5,000 ke atas kos perkhidmatan adalah sebanyak 5%
-
Wang proses RM100 dikenakan bagi pembiayaan RM1,000 sehingga RM3,000, manakala tiada wang proses bagi pembiayaan RM 3,500 dan ke atas.
-
Pemohon yang sedia mempunyai baki tergempar hendaklah menyelesaikannya terlebih dahulu daripada sumber lain
-
Mendapatkan 2 atau 3 penjamin berkelayakan (jawatan tetap) yang juga anggota koperasi KPKINKB berpendapatan / simpanan bersih meliputi jumlah pembiayaan atau lebih
-
Kuasa untuk mempertimbangkan permohonan pembiayaan di peringkat Pengurusan.
- Pembiayaan Tergempar (Konsep Qard)
- Pembiayaan Tergempar (Konsep Tawarruq)
Pembiayaan Berjamin / Khas (Konsep Tawarruq)
-
Dipertimbangkan atas pelbagai sebab ;
-
Jumlah had maksimum pembiayaan tidak melebihi RM50,000;
-
Tempoh maksimum bayaran balik pembiayaan adalah selama 120 bulan;
-
Caj perkhidmatan bagi tempoh pembiayaan 1 hingga 5 tahun adalan 5% manakal tempoh pembiayaan 6 hingga 10 tahun adalah 6%;
-
Bagi pemohon berstatus (jawatan tetap sahaja) dengan jumlah permohonan pembiayaan RM30,000 hingga RM50,000 dan kadar DSR tidak melebihi 60%, jumlah simpanan bersih minimum RM15,000 boleh di pertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kewangan & Pembiayaan;
-
Pemohon yang sedia mempunyai baki Pembiayaan Berjamin / Khas hendaklah menyelesaikan terlebih dahulu daripada sumber lain;
-
Bagi setiap pembiayaan dengan jumlah tidak melebihi RM20,000 KPKINKB menawarkan perlindungan takaful, manakala bagi pembiayaan RM20,000 dan ke atas perlindungan takaful adalah dimestikan bagi keseluruhan jumlah pembiayaan tersebut. Kadar Premium Takaful berkenaan boleh di tolak dari jumlah pembiayaan yang diluluskan atau dijelaskan secara tunai pada masa tuntutan cek;
-
Kuasa untuk mempertimbangkan permohonan bagi pembiayaan Berjamin / Khas perlu di angkat kepada Jawatankuasa Kewangan & Pembiayaan.
Pembiayaan Kenderaan (Konsep Murabahah)
-
Dipertimbangkan atas tujuan membeli kenderaan (Motosikal Baru / Terpakai atau Kereta Terpakai);
-
Sumbangan perkhidmatan koperasi pada kadar 4% setahun dengan tempoh pembiayaan maksima sehingga 5 tahun bagi pembiayaan kenderaan;
-
Pemohon dikenakan syarat bayaran 10% deposit atau diberikan pembiayaan penuh bergantung kepada kedudukan lain-lain pembiayaan bagi pembiayaan kenderaan sahaja;
-
Kuasa untuk mempertimbangkan permohonan pembiayaan RM10,000 ke bawah adalah di peringkat Pengurusan manakala pembiayaan daru RM10,001 ke atas perlu di angkat kepada Jawatankuasa Kewangan dan Pembiayaan
Pembiayaan Barangan (Konsep Murabahah)
-
Dipertimbangkan atas tujuan membeli pelbagai jenis barangan (telefon/perabot/barangan elektronik/dll).
-
Sumbangan perkhidmatan koperasi pada kadar 10%-20% setahun dengan tempoh pembiayaan maksima selama 3 tahun bagi pinjaman barangan sahaja;
-
Kuasa untuk mempertimbangkan permohonan pembiayaan RM10,000 ke bawah adalah di peringkat Pengurusan manakala pembiayaan dari RM10,001 ke atas perlu di angkat kepada Jawatankuasa Kewangan dan Pembiayaan.
-
Amaun pembiayaan bergantung kepada akaun simpanan anggota semasa.
AKTIVITI PEMBIAYAAN & PERKHIDMATAN LAIN-LAIN
Pembiayaan Tiket Penerbangan & Penginapan Hotel
- Bagi tujuan pembelian tiket penerbangan dan/atau penginapan hotel bagi ahli koperasi.
- Jumlah amaun pembiayaan tidak melebihi jumlah simpanan di koperasi.
- Tempoh bayaran balik bagi pembiayaan ini adalah sehingga 1 TAHUN (MAKSIMUM) sahaja.
- Setiap permohonan hendaklah menghantar butiran-butiran berikut:
- Tiket Penerbangan
- Nama
- No I/C
- No Telefon
- Tarikh Penerbangan (Pergi dan Balik)
- Jenis Syarikat Penerbangan
- Butiran lain (Seat/Luggage dll)
- Penginapan Hotel
- Nama
- No I/C
- No Telefon
- Tarikh Penginapan
- Nama Hotel
- Butiran lain (Jenis Bilik/ Breakfast Add-on)
- Tiket Penerbangan
- Setiap permohonan akan dikenakan caj perkhidmatan seperti berikut:
- Penerbangan : RM 30.00 (2-Hala) Individu
- Hotel : RM 30.00 (Per Bilik)
- Bagi tujuaan pembaharuan cukai jalan dan insurans takaful kenderaan individu mahupun syarikat.
- Jumlah had maksima pembiayaan adalah tertakluk kepada jumlah yang diinsuranskan.
- Tempoh maksima bayaran balik pembiayaan = 6 BULAN / 12 BULAN.
- Setiap permohonan hendaklah menghantar butiran-butiran berikut:
- Salinan Geran Kenderaan
- No Pendaftaran Kenderaan
- Tarikh Tamat Cukai Jalan
- Kos perkhidmatan yang dikenakan adalah atas kadar 6% SETAHUN atas kos bayaran cukai jalan (tidak termasuk kos insurans).
- Pembaharuan Lesen Memandu
- Pemohon perlu menyertakan I/C dan Lesen Memandu (ORIGINAL)
- Penilaian Puspakom Kenderaan ( Individu/ Syarikat)
- Pemohon perlu menyertakan Salinan Geran Kenderaan
- Jenis-jenis Perkhidmatan
- Booking Tarikh
- Walk In Puspakom
Aktiviti Pelaburan A, B dan C
- Ditadbirkan menurut Aturan Peraturan Pelaburan ;
- Bertujuan membuka peluang kepada anggota demi mengamalkan “budaya menabung” dengan melabur sebahagian pendapatan bulanan secara mudah melalui potongan gaji ke dalam Pelaburan A, Pelaburan B atau Pelaburan C ;
- Tahap maksima setiap jenis pelaburan/pembelian unit adalah tidak melebihi RM 30,000.00; (pindaan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan KPKINKB kali- ke 37 pada 27.04.2018).
- Penjualan balik pelaburan boleh dibuat pada bila-bila masa mengikut keperluan dengan menyempurnakan borang khas yang tersedia di pejabat KPKINKB.
Pelaburan D (Khas Perladangan)
- Ditadbirkan oleh Projek Perladangan KPKINKB ;
- Bertujuan memberi peluang kepada anggota KPKINKB melabur dalam bidang projek perladangan seperti ladang sawit/atau getah, meluaskan aktiviti pelaburan / perniagaan, mengalakkan jimat cermat dan menyimpan wang sebagai satu cara pelaburan demi membantu diri sendiri dan anggota lain ke arah kebaikan & tujuan lain yang diluluskan oleh Lembaga KPKINKB ;
- Sumber kewangan diperolehi daripada mana-mana anggota KPKINKB secara tunai atau Pembiayaan Khas sehingga RM 100,000.00 bagi setiap anggota dan kemudiannya dilabur semula ke dalam projek ini atau menukarkan dari Pelaburan A / B atau C ke dalam projek ini atau pembiayaan yang disediakan oleh mana-mana institusi kewangan yang diluluskan oleh Lembaga KPKINKB sahaja ;
- Had pelaburan adalah bermula dari RM 5,000.00 sehingga RM 100,000.00 bagi setiap anggota dan ditahan selama lima (5) tahun ;
- Pembahagian keuntungan antara KPKINKB dengan pelabur dari projek ini adalah KPKINKB sebanyak 10% dan pelabur sebanyak 90% ;
- Penjualan balik unit pelaburan adalah dibolehkan dengan syarat ada pengganti dengan menyempurnakan borang yang disediakan ;
- Pembahagian keuntungan pulangan pelaburan tersebut adalah sebanyak 90% Pelabur : 10% KPKINKB.
- Pelabur adalah tertakluk kepada undang-undang kecil KPKINKB Fasal 11 (2), 20 dan 21.