PERMOHONAN MENJADI AHLI
SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada:
CARA-CARA MEMOHON
SYARAT-SYARAT DAN KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA
Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada:
- Kakitangan dan Ahli Keluarga Kakitangan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
- Kakitangan dan Ahli Keluarga anak-anak syarikat PKINK.
- Kakitangan dan Ahli Keluarga syarikat syarikat usaha sama PKINK.
- Kakitangan dan Ahli Keluarga syarikat-syarikat usaha sama subsidiary PKINK. (pindaan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan KPKINKB kali ke- 30 pada 25.06.2011)
- Warganegara Malaysia;
- Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun;
- Bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi in;
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
CARA-CARA MEMOHON
- Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dihantar kepada Pejabat Koperasi PKINK Berhad.
- Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fee masuk sebanyak RM100.00 dan menjelaskan syer minimum sebanyak RM 100.00 bagi perolehan hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota;
- Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fee masuk sebanyak RM100.00 dan menjelaskan syer minimum sebanyak RM 300.00 bagi perolehan hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota;
- Pemohon juga perlu menjelaskan yuran saham secara bulanan melalui potongan gaji atas kadar 1% daripada gaji hakiki atau RM 30.00 yang mana lebih tinggi.