- Ditadbirkan oleh Projek Perladangan KPKINKB ;
- Bertujuan memberi peluang kepada anggota KPKINKB melabur dalam bidang projek perladangan seperti ladang sawit/atau getah, meluaskan aktiviti pelaburan / perniagaan, mengalakkan jimat cermat dan menyimpan wang sebagai satu cara pelaburan demi membantu diri sendiri dan anggota lain ke arah kebaikan & tujuan lain yang diluluskan oleh Lembaga KPKINKB ;
- Sumber kewangan diperolehi daripada mana-mana anggota KPKINKB secara tunai atau Pembiayaan Khas sehingga RM 100,000.00 bagi setiap anggota dan kemudiannya dilabur semula ke dalam projek ini atau menukarkan dari Pelaburan A / B atau C ke dalam projek ini atau pembiayaan yang disediakan oleh mana-mana institusi kewangan yang diluluskan oleh Lembaga KPKINKB sahaja ;
- Had pelaburan adalah bermula dari RM 5,000.00 sehingga RM 100,000.00 bagi setiap anggota dan ditahan selama lima (5) tahun ;
- Pembahagian keuntungan antara KPKINKB dengan pelabur dari projek ini adalah KPKINKB sebanyak 10% dan pelabur sebanyak 90% ;
- Penjualan balik unit pelaburan adalah dibolehkan dengan syarat ada pengganti dengan menyempurnakan borang yang disediakan ;
- Pembahagian keuntungan pulangan pelaburan tersebut adalah sebanyak 90% Pelabur : 10% KPKINKB.
- Pelabur adalah tertakluk kepada undang-undang kecil KPKINKB Fasal 11 (2), 20 dan 21.