LATAR BELAKANG KOPERASI PKINK BERHAD
Koperasi PKINK Berhad telah ditubuhkan pada 26 Oktober 1980. Ianya didaftarkan pada 27 April 1981 di bawah Ordinen Bil. 33, tahun 1984 dengan peraturan-peraturan yang dibuat oleh lembaga pengarah di bawah Undang-undang Kecil 51 (22). Koperasi PKINK Berhad dikendalikan oleh Ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada kakitangan PKINK dan anak-anak syarikat.
Pada awalnya, Koperasi PKINK Berhad telah menjalankan perniagaannya di Tingkat 4, Bangunan Wisma Iktisad, Jalan Maju dan kemudiannya berpindah ke Tingkat 2, Bangunan PKINK, Jalan Tengku Maharani Puteri sehingga sekarang.
Koperasi PKINK telah ditubuhkan hasil dari kerjasama perancangan dan kesedaran oleh pihak PKINK untuk menjaga kepentingan keluarga PKINK sendiri dan kakitangan anak-anak syarikat. Pihak Koperasi telah menjalankan pelbagai aktiviti untuk menjaga kemudahan dan kepentingan kepada ahli-ahli seperti jualan barangan secara kredit, kemudahan pinjaman wang, jualan insuran dan cukai jalan, serta jualan minyak diesel, hartanah dan lain-lain.