KOTA BHARU 28 April - Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus telah merasmikan Meysuarat Agung Tahunan Koperasi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan Berhad (KPKINKB) Kali Ke 38, bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini, semalam.
Turut menyampaikan ucapan, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Kelantan, Azri Adam dan Pengerusi KPKINKB, Zazali Japar.
Mesyuarat yang dihadiri oleh 1200 ahli yang berdaftar itu turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah.